Popular Posts

Saturday, February 26, 2011

assignment ctu 151



TAJUK :
Sejarah Dan Kegiatan Dakwah Ustaz Yaakob bin Abdul Rahman Sebagai Imam dan Tokoh


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH :
Nurul Nabilah Bt Rohani
No Matrik : 2010887128
Kumpulan: ASD2Cn


PROGRAM :
Diploma Sains
AS120

TARIKH HANTAR :
1 Mac 2011



ISI KANDUNGAN


1. Pendahuluan
2. Biodata Pengenalan Diri Ustaz Yaacob
3. Cara Dan Syarat untuk Menjadi Imam
4. Peranan Seorang Imam
5.Pencapaian Yang Telah Dicapai
6.Pengalaman
7.Harapan



PENDAHULUAN
PENGERTIAN TOKOH DAN IMAM

Tokoh adalah seseorang yang terkemuka atau kenamaan di dalam sesuatu bidangnya. Tokoh juga adalah seseorang yang memegang peranan penting dalam sesuatu bidang atau aspek kehidupan dalam kalangan masyarakat.
Imam dalam bahasa arab bererti pemimpin. Menurut bahasa imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Dalam erti kata lain imam adalah seseorang yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar (Khalifah).
Imam dalam istilah masa kini merujuk kepada mereka yang dilantik oleh pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama atau Majlis Agama Islam untuk melaksanakan tugas seperti mengimamkan atau mengetuai solat lima waktu, khutbah jumaat, solat hari raya dan hari-hari tertentu keagamaan. Selain itu, imam juga terlibat dalam mengajar ilmu-ilmu agama di masjid yang ditugaskan.
Kesimpulannya imam ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam hal keagamaan dan sosial masyarakat setempat dalam menyebarkan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan.



BIODATA PENGENALAN DIRI

NAMA      : EN.YAAKOB BIN ABDUL RAHMAN                  
UMUR      : 45 TAHUN
PEKERJAAN : GURU DAN IMAM MASJID
ALAMAT        : NO.64 JALAN BIDARA 2,
                           TAMAN BIDARA 2,
                           09000 KULIM,
                           KEDAH DARUL AMAN.
STATUS PERKAHWINAN : BERKAHWIN

LATAR BELAKANG AKADEMIK
1973 - 1978 : S.K. Nawa, Alor Star.
1979 - 1985 : S.M. Maktab Mahmud
1986 - 1991 : Universiti Al-Azhar,Mesir ( Usuluddin)
1993 - 1996 : Universiti Islam Antarabangsa

LATAR BELAKANG PEKERJAAN
S.M.Vokasional Langkawi  (6 Bulan)
S.M.K Sri Gunung               (8 bulan)
S.M.K Muara Tuang Samarahan, Serawak. (1 Mei 1994)
S.M.K.A Matang Dua, Serawak                   (1997)
S.M.K. Keladi, Kulim                                   (1996)
Imam Masjid Keladi, Kulim                         (2003)

CARA DAN SYARAT UNTUK MENJADI SEORANG IMAM

1)      Islam,solat tidak sah jika diimamkan oleh orang kafir.
2)    
  Berakal, solat tidak sah jika diimamkan oleh orang gila. Ini kerana solat yang dilakukan oleh seseorang yang disahkan gila dikhuatiri tidak memenuhi rukun solat. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci.
3)      Baligh, solat tidak sah jika diimamkan oleh seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud. Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan dari golongan yang sempurna. Imam syafie berpendapat,harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (riwayat Bukhari).
4)      Lelaki , lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki. Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki samada solat fardhu atau sunat. Sekiranya perempuan yang menjadi makmum seamata-mata tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.
5)      Bersih, daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam jika dalam keadaan berhadas atau terdapat najis pada badannya,pakaiannya samada dia mengetahui hal tersebut atau tidak.
6)      Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukun solat. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk,sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.


7)      Keadaan yang bukan makmum. Solat tidak sah jika mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus imamnya disebabkan masbuki
> Al-Hanafiah : Tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut makmum. Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
>Al-Malakiah : Tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut makmum. Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Ini kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak tersabit hokum makmum.
>Al-Syafieyyah : Terputus ikutan menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat samada dengan member salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya Al-Hanafiah dan Al-Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam member salam, dan harus pada Al-Safieyyah dan Al-Hanabiah.
8)      Syarat khas pada Al-Hanafiah dan Al-Hanabilah : sejahtera daripada keuzuran. Kerap terkentut, tidak lawas ketika membuang air dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang hanya mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada seseorang yang mempunyai dua keuzuran. Walaupun pendapat Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi hukumnya makruh menjadi imam selagi tidak terbatal wuduknya. Al-Safieyyah juga tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.
9)      Al-Hanafiah dan Al-Safieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum. Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat dibelakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie dibelakang seseorang yang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk,maka batallah solat makmum tersebut kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi. Al-Hanafiah berpendapat bahawa solat dibelakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.
10)  Imam mestilah seseorang yang fasih al-lisan. Imam harus mampu menyebut huruf-huruf di dalam Al-Quran dari makhrajnya.


PERANAN SEORANG IMAM
IMAM SEBAGAI PENGGERAK MASYARAKAT
Imam berperanan sebagai penggerak dan pemangkin bagi segala kegiatan masyarakat setempat. Antara peranan yang harus dilaksanakan sebagai penggerak masyarakat ialah, bekerjasama dengan ahli jemaah masjid dalam mempelbagaikan aktiviti. Dengan kerjasama ini,sudah tentu dapat menghidupkan masyarakat seperti mengadakan aktiviti pembangunan rohani dan jasmani yang merangkumi riadah, zikir, qiamullail, kegiatan ekonomi, sosial, ilmiah, muzakarah, forum, kaunseling dan lain-lain lagi.
Dalam agama Islam,kita sangat beruntung kerana Allah s.w.t  telah membekalkan kepada umat Islam dengan satu media yang sangat penting yang dapat menyalurkan segala maklumat, dapat menyampaikan segala ilmu, didikan dan nasihat, dapat membangunkan jiwa masyarakat yang sedang tidur, dan dapat menyedarkan masyarakat untuk beramal. Media ini tidak ada pada agama lain, dan hanya umat islam yang memilikinya yang mana ianya merupakan sebahagian dari ibadah iaitu khutbah. Semasa imam menyampaikan khutbah, para makmum tidak boleh berbual-bual atau bercakap sama sekali melainkan khusyuk mendengar isi kandungan yang disampaikan sekali dalam seminggu iaitu ketika sembahyang Jumaat.
Dalam hal ini, Malik bin Nabi pernah menyebut bahawa : Keajaiban berlaku dalam dunia Islam dimana khatib dan makmum berpakat dalam suatu perkara. Khatib tahu khutbahnya tidak begitu bermanfaat untuk makmum dan makmum tahu bahawa khutbah itu tidak bermanfaat baginya. Tapi khatib bersetuju untuk meneruskan khutbahnya dan makmum bersetuju untuk terus mendengar. Pendapat Malik bin Nabi ini menjelaskan betapa media khutbah amat dihormati oleh semua pihak. Khutbah penting sebagai penggerak masyarakat yang amat bernilai. Khutbah merupakan medium dakwah yang paling berkesan kerana ia didengar dan diikuti isi kandungannya oleh masyarakat Islam. Melalui khutbah, imam dapat membentuk pemikiran ummah dan ia juga menjadi benteng umat Islam dalam menghadapi segala rintangan.
Jesteru itu, seorang imam atau khatib perlu mempelajari teknik-teknik penyampaian khutbah yang berkesan yang dapat menarik perhatian para jemaah. Sebagai contoh adalah seperti di negara Brunei Darussalam, tugas imam dan khatib menjadi lebih mudah kerana isi khutbah telah disediakan dan diselaraskan untuk dibaca di seluruh negara. Apa yang penting imam dan khatib perlulah berkarisma dalam menyampaikan khutbah tersebut. Isi khutbah perlu digarap dengan bermutu dan kreatif, dengan bahasa yang mudah dan mengetengahkan isu-isu semasa yang hangat diperkatakan masa kini serta berfokus kepada mauizah hasanah.
Jelaslah bahawa khutbah Jumaat mempunyai potensi besar untuk menggerak dan merobah masyarakat kea rah amar makruf dan nahi mungkar kea rah kemajuan dan kecemerlangan.

IMAM SEBAGAI PENDIDIK
Mempunyai peranan sebagai pendidik merupakan seorang mualim yang akan disegani dan menjadi penyumbang utama bagi pembangunan ilmu anak-anak kampung yang merupakan asas kepada pembentukkan dan pembangunan masyarakat bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan negara yang aman dan membangun. Antara peranan imam sebagai pendidik adalah menunjuk ajar, mendidik dan membimbing masyarakat dengan pelbagai cara seperti memberikan kuliah , ceramah , khidmat nasihat dan sebagainya. Imam adalah orang yang paling layak sebagai pendidik masyarakat di sekelilingnya kerana tutur kata dan perbuatan seseorang imam diikuti dan diyakini oleh masyarakat.
Imam sebagi pendidik merupakan satu kelebihan yang akan mengangkat martabat imam itu di mata masyarakat setempat dibandingkan dengan imam-imam yang tidak memainkan peranan tersebut. Maka sebagai pendidik, seseorang imam hendaklah mempunyai tahap keilmuan yang mencukupi dalam bidang keagamaan dan umum seperti ilmu tauhid, ilmu fiqh , tasawuf, metodologi dakwah , sosialisasi , kaunseling , psikologi dan sebagainya. Tuntasnya, seseorang imam perlulah membaca dan memahami isu-isu semasa kerana ia akan menjadi rujukan masyarakat di sekelilingnya. Imam masa kini tidak perlu risau tapi perlulah berusaha kea rah pembangunan masyarakat. Ini kerana tugas imam semakin mencabar yang mana memerlukan ketabahan dan semangat yang tinggi.

IMAM SEBAGAI PENYELAMAT UMAT
Lazimnya,imam dianggap sebagai penyelamat umat daripada menanggung dosa kerana meninggalkan fardhu kifayah. Hukum sembahyang berjemaah bagi sesebuah kariah atau kampong adalah fardhu kifayah. Sekiranya sembahyang berjemaah tidak dilaksanakan di kampung tersebut maka keseluruhan ahli kampong itu akan menanggung dosa.
Pada masa kini terdapat beberapa buah masjid, surau dan balai yang gagal menghimpunkan masyarakat kampong untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah terutamanya bagi wkatu Subuh, Zohor dan Asar. Sesetengah masjid hanya terdapat imam dan bilal sahaja yang hadir bagi menunaikan solat berjemaah. Jadi imam dan bilal inilah yang menyelamatkan masyarakat kampungnya. Agak sukar untuk menyalahkan sesiapa memandangkan senario masa kini yang mana tuntutan hidup yang semakin mencabar telah menyebabkan masyarakat semakin asyik dengan urusan hidup seharian tanpa mempedulikan tuntutan fardhu kifayah ini. Pada masa inilah imam dan bilal memainkan peranan yang cukup besar bagi menyelamatkan masyarakat kampong daripada menanggung dosa. Oleh itu imam dan bilal haruslah beriltizam dengan mematuhi waktu solat pada waktunya supaya tuntutan fardhu kifayah ini dapat disempurnakan dengan baik.

IMAM SEBAGAI PENYATU UMAT
Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, imam dapat mewujudkan kesatuan yang bermula dari masjid. Sebagai contoh masjid dijadikan sebagai pusat bagi merapatkan hubungan antara kelompok-kelompok dalam masyarakat tanpa melihat sebarang perbezaan dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Peranan ini haruslah diserlahkan dalam semua bentuk kegiatan agar penyatuan masyarakat dapat direalisasikan.
Imam juga dianggap sebagai simbol penyatu umat melalui ibadat sembahynag berjemaah. Sembahyang berjemaah adalah symbol bagi kesatuan umat Islam, symbol perpaduan umat, dan simbol ketaatan kepada pemimpin atau imam yang tidak berbelah bahagi.

IMAM SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT
Imam pada masa kini bukan hanya menjadi pemimpin dalam sembahyang berjemaah, malah kepimpinan ini wujud dalam kehidupan sehariannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui peranan imam dalam sosial dan budaya masyarakat seperti urusan perkahwinan, kematian, kenduri-kendara dan lain-lain lagi. Dengan itu imam hendaklah menunjukkan contoh teladan yang terbaik di mata masyarakat sekeliling. Personaliti atau sahsiah rupadiri seseorang imam hendaklah sentiasa dijaga agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Imam haruslah sentiasa kelihatan hebat pada setiap masa dan ketika sama ada pada waktu bekerja atau di luar waktu bekerjanya.


PENCAPAIAN YANG TELAH DICAPAI

       Ustaz Yaakob bin Abdul Rahman telah dilantik menjadi imam masjid bermula pada tahun 2003 hingga sekarang. Di samping menjadi imam masjid, beliau juga memberi ceramah dalam kuliah subuh dan majlis-majlis tertentu contonya forum masjid Keladi. Pada awal tahun 2011, Masjid Keladi Daerah Kulim telah dianugerahkan sebagai Masjid Terbaik Daerah Kulim Bandar Bahru. Kejayaan ini sedikit sebanyak telah membuka mata penduduk akan pentingnya masjid keladi. Semakin banyak aktiviti yang dianjurkan dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

PENGALAMAN YANG DITEMPUHI
        Pelbagai onak dan duri telah beliau lalui sepanjang memikul tugas sebagai imam. Pengalaman paling pahit yang telah beliau tangani adalah kes menanam al-Quran bersama mayat yang telah menggemparkan masyarakat Malaysia. Kes ini berlaku di tapak perkuburan Keladi. Penanaman al-Quran ini telah mendapat tentangan dr semua pihak mahupun begitu,waris tetap menjalankan wasiat yang telah diamanahkan kepadanya. Berikutan dengan itu, beliau telah membuat aduan kepada Majlis Mufti Kedah. Selepas 10 hari, Majlis Mufti Kedah telah mengishtiharkan supaya mengorek semula kubur si arwah. Pelbagai kejadian telah berlaku semasa mengeluarkan. Hujan yg lebat bersama petir dan guruh telah melambatkan lagi kerja-kerja mengorek. Selepas beberapa jam, Al-Quran Berjaya dikeluarkan.
       Selain itu,beliau juga turut mengijab kabulkan pasangan pengantin yang berasal dari Pakistan (pengantin lelaki) dan isterinya yang berasal dari Negeri Sembilan (pengantin perempuan). Sepanjang menjalankan tugasnya,beliau telah berjaya menikahkan seramai 322 pasangan.


HARAPAN

       Assalamualaikum, saya Yaakob bin Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk ditemu ramah oleh bekas pelajar saya Nurul Nabilah Bt Rohani. Saya berharap dengan kejayaan yang telah dicapai mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Harapnya segala usaha yang dilakukan dapat memuaskan hati semua pihak. Kerjasama dari penduduk amatlah dihargai. Sekian terima kasih. Sesungguhnya yang buruk dating dari saya,dan sesungguhnya yang baik datang dari Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment